Penerangan mudah visa perlindungan

Go down

Penerangan mudah visa perlindungan

Post by Admin on Mon Jul 23, 2018 11:00 am

Visa perlindungan ialah visa khas untuk melindungi individual-individual yang teranyai secara hak asasi manusianya untuk masuk dan tinggal dalam Australia. Ia boleh dipohon oleh hampir kesemua negara.

Kekeliruaan paling utama jenis visa ini kepada pemohonnya ialah, mereka gagal bezakan
a) jenayah dengan hak asasi
b) masalah ekonomi dengan hak asasi
c) masalah UMUM hak asasi dengan ANCAMAN TERUS hak asasi individual pemohon

Tapi, permohonan ini tidak semudah isi borang dan kemudian dibenarkan tinggal dalam Australia selama-lamanya. Ia terlebih dahulu memerlukan proses makamah Australia untuk melakukan perbicaraaan secara terperinci samada si pemohon ni benar-benar layak atau tidak.

Kerana perbicaraan ini memakan masa untuk dibuat, dan bilangan pemohon dari serata dunia ni teramat ramai. Maka masa untuk menunggu visa ini diurus memakan masa yang lama. Dan sewaktu permohonan ini dibuat, para pemohon sudahpun berada dalam Australia. Oleh itu, satu visa khas untuk "menunggu" diberikan kepada mereka yang sedang menunggu untuk proses perbicaraan ini. Visa ini dipanggil sebagai "Bridging Visa".

Admin
Admin

Posts : 49
Join date : 2018-07-19

View user profile http://ssia.forumotion.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum